PRU15: Syed Saddiq kekal bertanding di Muar

Syed Saddiq ketika berucap dalam majlis pengumuman calon Muda di Muar malam ini.
Syed Saddiq ketika berucap dalam majlis pengumuman calon Muda di Muar malam ini.
A
A
A

MUAR - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diumumkan kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi di Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pencalonan Syed Saddiq itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd. Aziz di sebuah hotel di Muar, malam ini.

Syed Saddiq yang merupakan penyandang kerusi berkenaan akan berentap dengan calon BN, Helmy Abdul Latif dan calon PN, Abdullah Husin.

"Saya kembali pada tahun ini untuk pertahan Muar dan bela rakyat Malaysia.

"Muar begitu dekat dengan hati saya kerana ini peluang pertama saya. Saya tekad sentiasa bersama orang Muar," kata Syed Saddiq ketika berucap dalam majlis pengumuman calon Muda di Muar malam ini.

Syed Saddiq
Syed Saddiq

Pada PRU14, Syed Saddiq yang merupakan calon PH daripada Bersatu menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi.

Sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan gabungan itu akan menjalin kerjasama dengan Muda dalam PRU15.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!