Peraturan dan ketetapan imarah masjid, surau ketika PRU15

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Negeri Sembilan (JHEAINS) memutuskan beberapa peraturan dan ketetapan berkaitan aktiviti pengimarahan masjid dan surau di seluruh negeri ini sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengarahnya, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, ia selari dengan keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada 20 Oktober lepas.

"Pematuhan ini berkuatkuasa sepanjang tempoh kempen PRU15 bermula Sabtu ini sehingga mengundi iaitu pada 19 November.

"Ia antaranya melibatkan aktiviti solat berjemaah hanya dipimpin oleh pegawai masjid sahaja,jemaah dan jemputan yang dikaitkan dengan parti politik adalah dilarang daripada memimpin solat,"katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohd Zaidi berkata, selain itu khutbah Jumaat hanya disampaikan oleh pegawai masjid sahaja.Khatib jemputan adalah dilarang dan sebarang bentuk ceramah serta ucapan berkaitan dengan pilihan raya atau politik kepartian di masjid dan surau adalah dilarang.

"Penceramah sedia ada di masjid dan surau yang menjadi calon dalam PRU15, ceramah dan kelas di masjid dan surau oleh penceramah tersebut adalah ditangguhkan.

"Bagaimanapun penyertaan calon sebagai jemaah bagi solat fardu berjemaah dan solat Jumaat adalah dibenarkan bagi semua individu yang berada di Negeri Sembilan," katanya.

Tambahnya, sebarang pemasangan lambang parti politik di masjid dan surau juga dilarang.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu senarai penuh peraturan dan ketetapan yang mengandungi 12 perkara berkaitan aktiviti pengimarahan masjid dan surau pada PRU15 ini turut diedarkan di semua Pejabat Agama Islam Daerah di negeri ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!