PRU15: Takiyuddin, Tuan Ibrahim kekal di Kelantan
KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kembali dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Perikatan National (PN) Kelantan.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Tuan Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian manakala Takiyuddin kerusi Parlimen Kota Bharu.
Pada masa yang sama Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari turut kembali dicalon bagi kerusi Parlimen Pasir Mas.
Ketua Muslimat Kelantan, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff juga turut dikekalkan sebagai calon Parlimen Rantau Panjang.
Diikuti oleh Ahli jawatankuasa Pas, Datuk Ahmad Marzuk Shaary dicalonkan sekali lagi di kerusi Parlimen Pengkalan Chepa, seterusnya Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh) dan Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai).
Sementara itu, Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi kembali dinaikkan pangkat bagi menggantikan Datuk Che Abdullah Mat Nawi di Tumpat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!