Usah terlalu ghairah berkempen hingga langgar SOP

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

TAHNIAH kepada semua calon yang terpilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bagi yang tidak terpilih, jangan kecewa dan sabotaj parti pula, sebaliknya terus berusaha memastikan calon yang terpilih untuk bertanding beroleh kemenangan selesa.

Sabtu ini, sebaik proses penamaan calon tamat, tempoh berkempen secara rasminya akan bermula selama 14 hari iaitu sehingga 11.59 malam 18 November ini.

Setiap calon pastinya akan cuba sedaya upaya berjumpa sebanyak mungkin pengundi bagi memikat hati mereka. Namun dalam keghairahan berkempen, calon-calon diharap tidak lupa bahawa negara ini masih belum bebas daripada ancaman Covid-19.

Malah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Selasa berkata, negara ini kini berdepan dengan gelombang kecil Covid-19 varian Omicron XBB dan gelombang itu dijangka menyebabkan negara merekodkan peningkatan kes dalam beberapa minggu akan datang.

Varian ini juga dikhuatiri sangat kebal sehingga vaksin sedia ada tidak mampu menghalang jangkitannya. Jika tidak berhati-hati, gelombang kecil Covid-19 ini tidak mustahil bertukar menjadi gelombang besar selepas PRU15 tamat sehingga terjadinya kluster pilihan raya.

Di sini, peranan setiap parti politik yang bertanding amat penting. Nasihatkan jentera parti yang berkempen agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diharap dapat lebih tegas dalam menghukum mereka yang melanggar SOP ditetapkan ini selain memgambil tindakan pantas membendung Covid-19 termasuk tidak teragak-agak menutup bilik gerakan yang terdapat kes Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Calon yang bertanding juga tentunya akan ghairah bersalaman dengan sebanyak mungkin pengundi. Maka, jangan dilupa untuk memakai cecair pembasmi kuman dengan kerap. Jangan sampai meraikan kemenangan di hospital kerana menghidap Covid-19 gara-gara tak patuh SOP.

Walaupun pemakaian pelitip muka tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka dan di dalam premis, namun calon dan jentera kempen seelok-eloknya pakailah pelitup muka terutamanya di kawasan tertutup, sesak dan menziarahi pesakit terlantar.

Calon-calon bertanding tentunya sukar mengelak menghadiri tempat-tempat yang sesak. Tempat sesak seperti pasar mempunyai ramai pengundi dan tentunya lebih mudah mendekati dan bertemu ramai pengundi di tempat-tempat sebegini.

Namun calon-calon bertanding janganlah sampai perjudi kesihatan diri dengan membuka pelitup muka semata-mata mahu pengundi yang ditemukan mengenali wajah kita. Tak ada gambar calon di kertas undi nanti.

Majlis-majlis ucapan kempen juga tentunya akan dihadiri ratusan penyokong. Di sini, sambil mempromosikan diri, calon juga boleh memainkan peranan dengan pengingatkan pengunjung agar terus memakai pelitup muka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!