Mangsa banjir di Johor berkurangan 34 orang

Bantuan diberikan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Al-Barakah, Kampung Tersusun Seri Delima, Kota Tinggi pada Khamis.
Bantuan diberikan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Al-Barakah, Kampung Tersusun Seri Delima, Kota Tinggi pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bilangan mangsa banjir di daerah ini menurun kepada 34 orang daripada 10 keluarga yang dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari Khamis.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah tersebut menurun berbanding 93 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS pada jam 8 pagi sebelum itu.

Menurut kenyataan itu, pengurangan itu susulan PPS di Dewan Al-Barakah di daerah Kota Tinggi yang menempatkan 71 mangsa banjir melibatkan 18 keluarga dari Kampung Sri Jaya dan Kampung Sri Delima ditutup pada jam 10 pagi.

"Sehingga kini, mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS adalah di daerah Segamat melibatkan 30 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5.

"Mereka ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak, manakala empat mangsa banjir daripada satu keluarga dari Kampung Kuala Paya ditempatkan di PPS di Balai Raya Kampung Kuala Paya," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, banjir kilat berlaku disebabkan limpahan air sungai pada Rabu hingga mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!