Surat aku janji: Pegawai khas Shamsul Anuar buat laporan polis

Azizan menunjukkan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada Khamis.
Azizan menunjukkan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pegawai Khas kepada Pengarah Komunikasi BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Azizan Md Zin membuat laporan polis berkaitan surat aku janji palsu yang tular.

Azizan berkata, surat aku janji tersebut adalah satu tohmahan serta fitnah untuk menjejaskan nama baik Shamsul Anuar.

"Ia juga adalah satu fitnah terhadap UMNO dan BN, saya berharap polis dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh agar pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan Shamsul Anuar yang juga calon Parlimen Lenggong memaklumkan tiada sebarang aku janji atau ikrar sedemikian dilakukan oleh partinya.

Perkara itu nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO dan BN ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sejak petang Rabu, tular kertas aku janji calon untuk kekal menyokong segala tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi termasuk mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri sekiranya BN memenangi PRU15.

Kertas aku janji yang tular menggunakan kepala surat UMNO itu turut tertera nama Shamsul Anuar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!