SPRM kesan seorang lelaki bantu siasatan kes

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan pihak mereka.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, lelaki dikenali sebagai Low Kia Seng berusia 56 tahun.

"Alamat terakhirnya di Taman Abad, Johor Bahru, Johor.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Azril Ibrahim di talian 017-8816717 atau e-mel kepada azril@sprm.gov.my," kata kenyataan itu pada Khamis.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!