Beberapa laluan di DASH, SPRINT ditutup sementara pada Sabtu

Gambar Bernama
Gambar Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa laluan di sepanjang jajaran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) akan ditutup sementara sempena penganjuran program larian Anak Sarawak (AS) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Penchala Link Tunnel Night Run, Sabtu ini.

LLM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan penutupan laluan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 9 pagi pada 5 November hingga 5 pagi 6 November.

"Susulan penutupan beberapa laluan di lebuh raya itu, pengguna disaran menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan untuk ke destinasi tertentu dan dinasihatkan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu,” menurut kenyataan itu.

Menurut LLM, program berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Sukarelawan Sarawak dengan kerjasama pihaknya, DASH dan SPRINT.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi LLM Hotline Info Trafik di talian 1 800 88 7752, DASH (1 300 88 5522) atau SPRINT (03-7494 7333). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!