Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ramai calon PKR layak jadi Menteri Besar Perak

03 November 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

MOJO LIVE 3 NOVEMBER 2022

PKR Perak mempunyai ramai calon yang berkelayakan untuk dipilih sebagai Menteri Besar Perak jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan di negeri ini.

Pengerusinya, Chang Lih Kang berkata, perkara paling penting ketika ini adalah memastikan PH memperoleh kemenangan majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak.

Jelas beliau, selain calon DUN Kuala Sepetang, Datuk Zainal Azman Abu Seman yang disebut-sebut sebagai Menteri Besar, mereka mempunyai beberapa calon lain untuk diangkat mengisi jawatan itu.

Artikel: https://bit.ly/3DwZjXK

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian