Aku Janji Integriti selari pendirian PN: Muhyiddin

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat perjanjian Aku Janji Integriti Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) parti pimpinannya itu selari dengan apa yang diperjuangkan.

Muhyiddin berkata, perjuangan melawan rasuah telah dibuktikan melalui sejarah panjang beliau ketika berada di kerajaan terdahulu.

Menurutnya, pemecatan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri merupakan pengorbanannya selepas menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Saya dibuang daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana berjuang melawan golongan yang menyalahgunakan kuasa demi poket sendiri.

"Menjadi impian saya melihat Malaysia dikemudi oleh barisan kepimpinan yang bebas jenayah rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa," katanya dalam menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Terdahulu, bakal calon PN bagi PRU15 perlu menandatangani aku janji menentang rasuah.

Antara yang diketengahkan dalam aku janji itu adalah Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri perlu mematuhi sepenuhnya undang-undang Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 ( Akta SPRM 2009) semasa menjalankan tugas serta menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Jelas Muhyiddin, pendiriannya untuk tidak mahu berkompromi dengan perasuah diterjemahkan dengan 'Aku Janji Integriti Calon' PN.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH, kami di PN komited untuk menawarkan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil," katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!