6 jalan ditutup bagi penamaan calon di Shah Alam, Kota Raja

Antara jalan-jalan yang akan ditutup di Parlimen Shah Alam bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar pada Sabtu ini.
Antara jalan-jalan yang akan ditutup di Parlimen Shah Alam bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar pada Sabtu ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Enam jalan ditutup melibatkan Parlimen Shah Alam dan Kota Raja bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar sempena hari penamaan calon pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kesemua jalan terbabit akan ditutup dan dilencongkan untuk kawalan keselamatan di pusat penamaan dan proses penamaan calon.

Antara jalan-jalan yang akan ditutup di Parlimen Kota Raja bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar pada Sabtu ini.
Antara jalan-jalan yang akan ditutup di Parlimen Kota Raja bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar pada Sabtu ini.

Menurutnya, tarikh penutupan melibatkan 4 November sehingga 5 November antara jam 10 malam hingga 5 petang.

Laluan terlibat bagi kawasan Parlimen Shah Alam adalah Persiaran Jubli Perak dari arah Bulatan Jubli Perak menghala Bulatan Megawati yang melibatkan penutupan jalan di hadapan Dewan Teratai Seksyen 19.

"Selain itu, antara jalan lain yang terlibat adalah Jalan Gelora 19/46 sehingga Jalan 19/45, Jalan Nelayan A 19/A dan Jalan Nelayan 19/B," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, sementara itu penutupan jalan bagi Parlimen Kota Raja melibatkan Jalan Sungai Terap 32/173 dan Jalan Kemuning Damai 32/151.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!