UMNO pesaing paling hebat: GTA Pulau Pinang

Muhammad Farouk (kiri) bersama tiga daripada lima calon GTA Pulau Pinang yang akan bertanding dalam PRU15 nanti.
Muhammad Farouk (kiri) bersama tiga daripada lima calon GTA Pulau Pinang yang akan bertanding dalam PRU15 nanti.
A
A
A

GEORGETOWN - Parti Gerakan Tanahair (GTA) Pulau Pinang mengakui pesaing paling hebat bagi parti itu di negeri ini adalah UMNO kerana mempunyai strategi yang seakan sama dengan mereka.

Pengerusi GTA Pulau Pinang, Muhammad Farouk Abdullah berkata, bagaimanapun perkara itu tidak melunturkan semangat GTA untuk memberi persaingan hebat kepada semua parti dalam pilihan raya ini.

Menurutnya, GTA Pulau Pinang akan bertungkus lumus untuk menawan hati pengundi di lima kerusi yang akan ditandingi iaitu Parlimen Bagan, Balik Pulau, Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Kepala Batas.

"Kita mensasarkan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang tinggi kecuali Bagan. Bagan dipilih kerana mempunyai calon anak tempatan yang berbangsa Melayu dan fasih berbahasa Mandarin.

Kita pilih kawasan-kawasan adalah kerana calon yang kita tampilkan terdiri daripada Melayu dan Muslim.

"Jangan salah faham, kita bukan rasis tetapi kita menumpukan kepada isu-isu semasa antaranya isu rasuah, bagaimana mahu pentadbiran negara yang baik dan beberapa isu rakyat," katanya pada sidang akhbar ketika mengumumkan calon GTA Pulau Pinang di sini pada Khamis.

GTA mempertaruhkan lima calon iaitu Fazli Mohammad (Balik Pulau), Dr Abdul Halim Sher Jung (Tasek Gelugor), Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar (Bagan), Mohd Nasir Othman (Permatang Pauh) dan Hamidi Abu Hassan (Kepala Batas).

Beliau menambah, parti itu mensasarkan menang untuk semua kerusi yang ditandingi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohammed Hafiz berkata, dengan kelebihannya sebagai anak jati Bagan, beliau yakin dapat memberi persaingan kepada tiga calon dari parti lawan yang berbangsa Cina.

Menurutnya, walaupun Bagan merupakan kubu kuat DAP yang disandang bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ia sedikit tidak mematahkan semangatnya untuk mendekati rakyat di kawasan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!