Misteri kereta sport merah jambu

Kereta sports merah jambu diparkir di luar sebuah hotel lebih dua tahun di London. - Foto TikTok
Kereta sports merah jambu diparkir di luar sebuah hotel lebih dua tahun di London. - Foto TikTok
A
A
A

LONDON - Keberadaan sebuah kereta sport berwarna merah jambu yang diparkir di luar sebuah hotel di London menjadi tanda tanya apabila ia dilihat di kawasan tersebut sejak dua tahun lalu iaitu pada Mac 2020 sehingga kini.

Kereta itu telah dikesan kerap diletakkan di luar Hotel St Pancras Renaissance bersebelahan stesen King's Cross St Pancras di tengah London.

Tindakan orang ramai yang cuba mencari jawapan siapa empunya kereta itu telah menyebabkannya menjadi sensasi di TikTok.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Gabby menyiarkan video kereta itu dan bertanya: "Bilakah kereta merah jambu ini akan bergerak? Kereta ini telah berada di sini sepanjang pandemik (Covid-19)."

Klip video itu mendapat lebih satu juta tontonan dan lebih daripada 70,000 tanda suka.

Ramai pengguna TikTok tertanya-tanya kenapa kereta berkenaan masih berada di situ dan adakah ia akan dipindahkan dari parkir tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!