Feroz semakin mencuri perhatian

Feroz Baharudin - Foto Johor Southern Tigers
Feroz Baharudin - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

PRESTASI konsisten ditunjukkan pertahanan muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin, semakin mencuri perhatian dijangka mampu menjadi antara tulang belakang pasukan di masa depan.

Menurut bekas pemain kebangsaan dan penganalisis Liga Malaysia, Rudie Ramli, dia sangat tertarik melihat pertahanan berusia 22 tahun itu yang kian matang dalam corak permainan.

Jelasnya, aksi ditunjukkan Feroz menjadi salah satu kunci utama kepada kestabilan di bahagian pertahanan sehingga menyukarkan PJ City meraih sebarang jaringan di Stadium Sultan Ibrahim.

“Feroz bagi saya bagaikan bintang dalam pembikinan dan dia begitu serasi bergandingan dengan pertahanan berpengalaman, Shahrul Saad.

“Mungkin peluang berlatih dengan ramai pemain berkualiti di JDT membantu perkembangannya sebagai pemain dan saya rasa dia mampu pergi jauh.

“Pembacaan permainannya sangat baik serta bijak semasa melakukan cabaran kepada penyerang lawan, itu menjadi aset yang dimiliki Feroz,” katanya.

Untuk rekod, Feroz menjadi salah satu pemain pilihan Rudie dalam Best XI perlawanan kedua pusingan 16 Piala Malaysia 2022 dalam formasi pilihan 4-3-3.

Selain Feroz, tiga lagi pemain yang melengkapkan barisan pertahanan ialah Ahmad Khuzaimi Piee dan Che Rashid Che Halim (Negeri Sembilan FC) dan Azam Azmi Murad (Terengganu FC).

Artikel Berkaitan:

Di bahagian tengah, beliau memilih Fadzrul Danel (Kedah Darul Aman FC), Hong Wan (JDT) dan Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC).

Kecemerlangan yang dipamerkan Kpah Sherman semasa membantu Terengganu menewaskan Sri Pahang FC membuatkan dia terus berada dalam Best XI minggu ini selain Bergson da Silva (JDT) dan Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC).

Tiga aksi penyelamatan luar biasa dibuat penjaga gol Kedah Darul Aman, Ifwat Akmal ketika berdepan Negeri Sembilan menjadikan dia turut diletakkan dalam pilihan Rudie manakala Rezal Zambery Yahya dipilih ketua jurulatih terbaik.

Seorang lagi pemain yang turut menarik perhatian Rudie ialah Ifwat yang kembali mempamerkan prestasi cemerlang selepas kerap dilanda kecederaan serta prestasi tidak menentu sepanjang musim ini.

“Ifwat telah berikan apa yang dia boleh lakukan pada beberapa musim lalu ketika di kemuncak prestasi dan dia telah berikan aksi yang sangat baik.

“Malah saya difahamkan dia tidak berapa sihat semasa perlawanan berkenaan dan dia sanggup bermain untuk pasukan, ini sememangnya satu semangat yang luar biasa,” katanya.


PIALA MALAYSIA

Suku Akhir Pertama


SABTU (5 NOVEMBER)

- Kuching City FC lwn Sabah FC

(Std Negeri, 8.15 malam)

- Kelantan FC lwn JDT

(Std Sultan Muhammad IV, 9 malam


AHAD (6 NOVEMBER)

- Selangor FC lwn Negeri Sembilan FC

(Std Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)

- Kuala Lumpur City lwn Terengganu FC

(Std Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 9 malam)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!