Gerard Pique umum bersara
PEMAIN pertahanan Sepanyol, Gerard Pique mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada bola sepak profesional.
Perkembangan itu diumumkan Pique sendiri dalam satu hantaran video di laman sosial miliknya sambil memberitahu perlawanan menentang Almeria adalah aksi terakhir buat dirinya di Camp Nou.
“Saya membuat keputusan yang mana sudah tiba masanya untuk menamatkan perjalanan ini. Perlawanan Ahad ini menentang Almeria adalah aksi terakhir saya di Camp Nou.
“Tiada pasukan lain selepas Barca. Saya akan menjadi peminat setia. Sokong pasukan dan menurunkan rasa sayang untuk Barca kepada anak saya," katanya.
Untuk rekod, sepanjang bersama Barcelona sejak 2008, pertahanan berusia 35 tahun itu berjaya meraih tiga gelaran Liga Juara-Juara bersama Barca selain menjulang trofi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 dengan Sepanyol.
Selain itu, Pique juga berjaya membantu kelab Catalan itu untuk memenangi lapan gelaran La Liga, tujuh Piala Raja Sepanyol dan tiga trofi Liga Juara-Juara pada 2009, 2011 dan 2015.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!