Dengar bunyi dentuman rupanya jambatan runtuh

Angota bomba meninjau lokasi runtuhan dan sudah memasang pita pelekat supaya orang ramai tidak melalui kawasan berkenaan.
Angota bomba meninjau lokasi runtuhan dan sudah memasang pita pelekat supaya orang ramai tidak melalui kawasan berkenaan.
A
A
A

KUANTAN - Seorang suri rumah tidak menyangka bunyi dentuman kuat dari jarak 20 meter dari rumahnya rupanya runtuhan jambatan di Taman Perumahan Bukit Setongkol Perdana awal pagi Jumaat.

M Vasanthi, 30, berkata, bunyi itu kedengaran sewaktu sedang menguruskan anak sulung yang sedang menunggu van untuk ke sekolah kira-kira jam 6.20 pagi.

Vasanthi
Vasanthi

"Sebelum mendengar bunyi dentuman itu, saya ada melihat dua kenderaan lalu di kawasan itu dan kedengaran seperti kereta melanggar bonggol. Bunyi itu tidaklah kerap, tetapi saya pelik sebab jambatan itu tidak mempunyai bonggol.

"Ketika itu, suami saya keluar memeriksa dan memberitahu ada tanah runtuh dan saluran paip pecah. Selepas itu suami saya bertindak memasang tali dan meletakkan ranting pokok bagi menutup laluan itu.

"Tindakan itu dilakukan bagi mengelak orang ramai melalui kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui di kawasan kejadian di Taman Perumahan Bukit Setongkol Perdana di sini pada Jumaat.

Liong Sing
Liong Sing

Seorang lagi penduduk, Liong Sing, 74, memaklumkan mengetahui kejadian itu daripada jiran sebelah rumah pada jam 7 pagi.

Artikel Berkaitan:

Dia yang merupakan kontraktor ke lokasi dan melihat tali sudah dipasang di kawasan runtuhan.

"Jambatan ini sudah berusia 30 tahun dan runtuhan ini berlaku sebab mendapan tanah kerana kawasan ini sering dinaiki air.

"Jadi, kita harap ada pihak yang membantu membina semula jambatan ini kerana ia salah satu jalan alternatif penduduk di taman ini," ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Bay Route, Nasaruddin Abd Hassim, 46, berkata, jambatan berkenaan adalah laluan alternatif yang menghubungkan lebih 4,000 penduduk Kampung Bukit Ubi dan Kampung Bay Route.

Nasaruddin
Nasaruddin

Beliau memberitahu, kejadian tersebut dimaklumkan ahli JPKK awal pagi tadi dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kalau tengok dari segi keretakan memang ada kesan sebelum ini. Kemungkinan semalam hujan lebat, itu terjadi kejadian ini," kata Nasaruddin.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkaitan dapat segera membaiki jambatan tersebut bagi memudahkan urusan penduduk di taman perumahan berkenaan.

Saifuddin melawat jambatan yang runtuh di Taman Perumahan Bukit Setongkol pada Jumaat.
Saifuddin melawat jambatan yang runtuh di Taman Perumahan Bukit Setongkol pada Jumaat.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian calon yang juga penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, perkara itu sudah disampaikan kepada pihak atasan termasuk agensi terlibat seperti Pengurusan Air Pahang Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Majlis Bandaraya Kuantan.

“Kita harap tindakan segera dapat diambil. Nasib baik ada jalan lain yang boleh digunakan,” jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!