2,844 anggota polis bertugas hari penamaan calon di Pahang

Ramli Mohamed Yoosuf
Ramli Mohamed Yoosuf
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang akan menempatkan 2,844 pegawai dan anggota di 14 pusat penamaan calon di seluruh negeri pada Sabtu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, semua elemen digerakkan bagi menjaga keselamatan dan mengawal situasi sepanjang proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Menurutnya, semua ketua polis daerah telah mengadakan perjumpaan dan taklimat keselamatan bersama calon, wakil calon dan parti-parti yang bertanding.

"Bagi melancarkan proses penamaan calon, polis Pahang menasihati dan menyeru semua calon, wakil calon dari parti bertanding agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan dikeluarkan pihak polis serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari berkenaan," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Ramli turut menasihatkan orang ramai terutama pengguna jalan raya merancang perjalanan dengan merujuk maklumat penutupan dan lencongan jalan sempena hari penamaan calon melalui Facebook Polis Daerah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!