Amanah lepaskan kerusi Changkat Jong kepada DAP

Senarai terkini calon-calon Amanah yang akan mewakili PH di Perak pada PRU15 dikeluarkan parti itu pada Jumaat
Senarai terkini calon-calon Amanah yang akan mewakili PH di Perak pada PRU15 dikeluarkan parti itu pada Jumaat
A
A
A

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong kepada DAP untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi perkongsian grafik terbaharu senarai calon oleh Setiausaha Amanah Perak, Salman Saleh, parti itu tidak menyenaraikan calon diumumkan sebelum ini di kerusi DUN Changkat Jong selepas berlaku pertembungan dengan DAP di kerusi itu.

Mereka sebelum ini mencalonkan Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam sebagai calon di kerusi tersebut manakala DAP turut mencalonkan Badrul Hisham Badaruddin untuk mewakili PH pada pilihan raya kali ini.

Amanah kini bertanding di 19 kerusi DUN di Perak berbanding 20 kerusi DUN yang diumumkan pada 28 Oktober lalu.

Sementara itu, Amanah turut mengumumkan pertukaran dua calon mereka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang hari penamaan calon esok.

Salman berkata, pertukaran tersebut membabitkan Mohd Ikhmal Mohd Iskandar yang digantikan dengan Ahmad Hishamuddin Abdullah bagi kerusi DUN Belanja.

Menurutnya, seorang lagi calon baharu, iaitu Rusli Bakar menggantikan Mohd Nazri Din di kerusi DUN Kubu Gajah yang akan bertanding mewakili PH pada Pilihan Raya Umum (PRU15).

"Pertukaran dua calon mewakili Amanah untuk PH ini telah dipersetujui oleh pimpinan Amanah Nasional dan PH.

Artikel Berkaitan:

"Kami mengucapkan tahniah di atas pencalonan ini dan mendoakan kejayaan bagi merampas kedua-dua kerusi tersebut nanti," katanya menerusi satu kenyataan akhbar pada Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!