Warisan hanya rebut kerusi Parlimen Sekijang di Johor

Dr Mohd Zohar akan bertanding di Parlimen Sekijang mewakili parti Warisan.
Dr Mohd Zohar akan bertanding di Parlimen Sekijang mewakili parti Warisan.
A
A
A

SEGAMAT - Parti Warisan (Warisan) hanya akan bertanding satu kerusi Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Warisan Johor, Hishamuddin Busri berkata, keputusan tersebut dibuat pucuk pimpinan Warisan dalam satu perbincangan pada minggu lalu yang memilih Parlimen Sekijang di sini.

"Dr Mohd Zohar Ahmad yang berusia 50 tahun akan menjadi calon Warisan di Parlimen Sekijang. Beliau merupakan seorang doktor yang dikenali penduduk sekitar Sekijang, Segamat dan Muar.

"Asalnya Warisan mahu bertanding di Parlimen Sekijang, Tanjung Piai dan Pasir Gudang tetapi selepas itu memutuskan untuk bertanding di Sekijang sahaja. Kita hormati keputusan pucuk pimpinan," katanya ketika dihubungi.

Pada PRU14, Natrah Ismail yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dengan majoriti 1,281 undi di Parlimen Sekijang menewaskan calon BN, Datuk Ayob Rahmat.

Hishamuddin
Hishamuddin

Hishamuddin berkata, Dr Mohd Zohar sudah berkecimpung dalam arena politik sejak 2005 dan pertama kali menjadi calon dalam PRU15.

Sementara itu, Dr Mohd Zohar berkata, Warisan Johor sudah membuat persiapan sejak dua bulan lalu untuk merebut Parlimen Sekijang yang dijangka berdepan pertembungan lima penjuru.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Warisan dijangka berdepan dengan Dr Zaliha Mustafa yang mewakili Pakatan Harapan (PH), Md Salleheen Mohamad (BN), Uzzair Ismail (PN) dan Mohd Saiful Faizal Abd Halim (Gerakan Tanah Air-GTA).

"Saya mengusahakan klinik sendiri di Segamat dan sebelum ini terlibat dengan program kebajikan sejak lebih 20 tahun lalu. Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila ada yang mengetahui saya menjadi calon PRU15," katanya ketika dihubungi.

Beliau yakin peluang untuk menang cerah walaupun berdepan pertembungan tiga penjuru kerana calon PN, GTA dan PH bukan merupakan anak tempatan sekali gus itu akan memberikan satu kelebihan kepadanya.

Tambahan pula katanya, parti sebelum ini hanya menabur janji manis walaupun sudah lebih lima penggal menjadi kerajaan di daerah ini.

Parlimen Sekijang diwujudkan pada 2004 dengan komposisi Melayu 59.24 peratus, Cina 36.15 peratus, India 4 peratus dan bangsa lain 0.61 peratus.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!