Wan Ahmad Fayhsal mohon maaf kepada ahli Pas

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal meminta maaf kepada semua ahli Pas susulan ciapan lamanya yang mengkritik parti itu di Twitter kembali tular baru-baru ini.

"Beberapa ciapan lama saya di Twitter digunakan untuk menyerang saya. Pertamanya, saya ingin meminta maaf kepada semua ahli Pas kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan.

"Saya amat kesali perkara ini, dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Pas sebagai wadah perjuangan Islam dalam Perikatan Nasional (PN) telah membuktikan komitmen terhadap pemerintahan prihatin, bersih dan stabil di bawah prinsip amal makruf, nahi munkar," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.

Beliau yang bakal bertanding di Parlimen Machang berikrar akan terus bersama dengan PN dan Pas untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia menurut tuntutan Islam.

"Segala yang baik datang dari ALLAH, segala yang buruk adalah dari diri saya sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!