Budak enam tahun dikhuatiri lemas

Pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat bagi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Pantai Puteri di sini, pada Jumaat.
Pasukan bomba sedang melakukan kerja-kerja menyelamat bagi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Pantai Puteri di sini, pada Jumaat.
A
A
A


MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas di Kilometer 17, Tanjung Kling, Pantai Puteri di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang bermain di kawasan pantai bersama tiga rakannya sebelum dipercayai terjun ke dalam air.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Setakat jam 4.30 petang kerja-kerja menyelamat masih dijalankan.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!