PM solat Jumaat tanpa pengiring di Masjid Bera jadi tumpuan
BERA - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Bera, di sini tanpa diiringi pengiring dan pegawainya menarik perhatian para jemaah masjid itu.
Beliau yang memakai kurta putih hadir ke masjid itu tanpa sebarang kawalan keselamatan dan protokol seperti kebiasaan.
Sebagai pemimpin nombor satu negara, penyandang Ahli Parlimen Bera itu juga tidak kekok solat di saf belakang bersama jemaah lain.
Sikapnya yang mesra rakyat terbukti apabila beliau terus mendekati dan beramah mesra bersama para jemaah selepas selesai solat.
Kehadiran ke masjid tanpa kawalan keselamatan menjadi kebiasaan bagi pemimpin itu.
lsmail Sabri juga sering mendapat pujian netizen setiap kali 'rakaman curi' beliau ke masjid bersendirian untuk solat berjemaah tular selepas dikongsi di pelbagai platform media sosial.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!