Gelanggang PRU15 bermula

Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 1,000 calon dijangka menyerahkan borang pencalonan pada hari ini untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus jumlah paling ramai berbanding pilihan raya sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 3,036 borang melibatkan kerusi Parlimen terjual setakat Jumaat. Sabah mencatatkan jualan tertinggi iaitu 716 borang, manakala Negeri Sembilan merekodkan penjualan paling rendah iaitu 24 borang.

Penganalisis menjangkakan persaingan PRU15 lebih sengit memandangkan perpecahan parti-parti politik bakal menyaksikan pertembungan calon-calon sekurang-kurangnya empat penjuru.

Baca laporan penuh berita 'Gelanggang PRU15 bermula' di Sinar Premium.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!