PRU15: Polis buka kertas siasatan kes khianat di Perak
KUALA LUMPUR - Polis telah membuka satu kertas siasatan di Perak berkaitan jenayah khianat setakat ini ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengarah Op PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, kertas siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan susulan laporan polis yang diterima di negeri terbabit.
"Bagaimanapun tiada tangkapan dilakukan setakat ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Hazani berkata, polis juga mengeluarkan 15 permit ceramah kepada parti politik di seluruh negara setakat Sabtu.
"Lapan permit telah dikeluarkan di Negeri Sembilan, Terengganu (tiga), Perlis (dua) dan masing-masing satu di Selangor serta Kelantan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!