Lawan sorakan 'gegarkan' Tumpat

Aksi berbalas-balas sorakan menggegarkan suasana di pekarangan pusat penamaan calon Parlimen Tumpat di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada Sabtu.
Aksi berbalas-balas sorakan menggegarkan suasana di pekarangan pusat penamaan calon Parlimen Tumpat di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada Sabtu.
A
A
A

TUMPAT - Aksi berbalas-balas sorakan menggegarkan suasana di pekarangan pusat penamaan calon Parlimen Tumpat di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun aksi sorakan itu berlangsung dalam penuh berhemah apabila tiada sebarang provokasi dilemparkan oleh kesemua jentera parti yang hadir.

Mereka hanya melaungkan takbir berselawat dan kata-kata semangat kepada calon bertanding.

Tinjauan Sinar Harian mendapati FRU turut ditempatkan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.
Tinjauan Sinar Harian mendapati FRU turut ditempatkan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

Kemeriahan itu melibatkan tiga jentera parti iaitu BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Tinjauan Sinar Harian mendapati Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut ditempatkan bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!