Persaingan sengit empat penjuru di Parlimen Machang
MACHANG - Kerusi Parlimen Machang dijangka hangat dengan persaingan empat penjuru apabila kesemua calon menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang, di sini.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dijangka menerima persaingan sengit daripada calon Perikatan Nasional (PN), Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Turut memberi saingan iaitu calon Pakatan Harapan (PH) Dr Rosli Allani Abdull Kadi dan Gerakan Tanah Air (GTA), Mejar (B) Muhammad Seman.
Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Machang, Nik Muhammad Hasanudin Nik Husin di Pusat Penamaan Calon (PPC), Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang kira-kira pukul 11.20 pagi.
Nik Muhammad Hasanudin berkata, beliau berpuas hati dengan kesemua kertas pencalonan dan tiada calon yang ditolak pencalonannya.
Proses penamaan calon selesai dan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana pihak mahupun penyokong.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!