PRU15: Calon PH mohon doa rakyat Putrajaya

Dr Noraishah
Dr Noraishah
A
A
A

PUTRAJAYA - Calon Pakatan Harapan (PH) Putrajaya, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz memohon agar rakyat di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu berdoa untuknya agar urusan penamaan calon berjalan lancar.

Perkara itu diluahkan menerusi laman Facebook pada Sabtu.

"Pohon doa sahabat-sahabat dan rakyat Putrajaya," katanya.

Ketika didekati Sinar Harian di pusat penamaan calon Presint 9, Dr Noraishah berkata, beliau sedia memberi khidmat bakti kepada rakyat di kawasan ini.

"Saya berada di sini untuk semua rakyat," katanya.

Menurutnya, bagi tujuan itu beliau turut berkongsikan nombor telefon peribadinya kepada rakyat yang ditemui.

"Sila WhatsApp saya. Saya mahu dengar dari hati ke hati, apa yang tuan dan puan dambakan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara hebat," katanya.

Artikel Berkaitan:



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!