Tian Chua berdepan 10 penjuru di Parlimen Batu
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Batu bertembung 10 penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tian Chua bakal berdepan calon Barisan Nasional (BN), Datuk A Kohillan Pillay; calon Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran; Gerakan Tanah Air (GTA), Wan Azliana Wan Adnan; P Naganathan (Parti Warisan) dan Azhar Yahya (PN).
Peguam Siti Zabedah Kasim dan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra serta dua individu lain bertanding sebagai calon Bebas.
Sebelum itu, Tian Chua berkongsikan video di Facebooknya memaparkan beliau bersama penyokong-penyokong berpakaian putih bersorak sambil mengibarkan bendera kuning mengiringnya ke pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Sentuk Utama, pagi tadi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!