Cubaan seludup dadah guna bungkusan mi segera tumpas

Dadah yang ditemui disorokkan dalam pek mi segera dalam serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian dekat sini pada Khamis.
Dadah yang ditemui disorokkan dalam pek mi segera dalam serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian dekat sini pada Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Kegiatan sindiket yang cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menyembunyikan dadah dalam bungkusan mi segera terbongkar apabila polis menemukan 286 bungkusan mi segera yang mengandungi ketamin menerusi serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dadah tersebut disembunyikan dalam 286 bungkus plastik mi segera.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan menerusi serbuan kira-kira jam 3 petang itu telah menjumpai enam kotak berwarna putih di atas lantai di bahagian belakang premis berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kesemua kotak mendapati terdapat 286 bungkus plastik mi segera di mana setiap bungkusan mengandungi satu peket plastik warna kelabu berisi dadah disyaki ketamin," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pemeriksaan lanjut di dalam kesemua kotak mendapati terdapat 286 bungkus plastik mee segera di mana setiap bungkusan mengandungi satu peket plastik warna kelabu berisi dadah disyaki ketamin.
Pemeriksaan lanjut di dalam kesemua kotak mendapati terdapat 286 bungkus plastik mee segera di mana setiap bungkusan mengandungi satu peket plastik warna kelabu berisi dadah disyaki ketamin.

Beliau berkata, anggaran berat keseluruhan dadah terbabit adalah 7.1 kilogram dan bernilai RM392,370.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan meniru cara pembungkusan mi segera yang berada di pasaran dan menyorokkan dadah jenis ketamin di dalam bungkusan tersebut sebelum dihantar ke luar negara melalui syarikat penghantar barang.

"Hasil maklumat risikan mendapati sindiket ini baharu sahaja bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ketamin sejak awal Oktober 2022," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, setakat ini masih belum ada tangkapan dilakukan dan siasatan mendapati sindiket ini menggunakan maklumat palsu untuk berurusan dengan syarikat penghantar

barang supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

"Bagaimanapun polis sedang giat mengenal pasti ahli sindiket yang dipercayai masih berada di dalam negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!