Kota Marudu kerusi 'panas', Maximus berdepan enam penjuru

Maximus (dua dari kanan) bersama barisan calon termasuk Wetrom (kanan) dan Sharizal (dua dari kiri) selepas proses penamaan calon di Dewan Komuniti Kota Marudu.
Maximus (dua dari kanan) bersama barisan calon termasuk Wetrom (kanan) dan Sharizal (dua dari kiri) selepas proses penamaan calon di Dewan Komuniti Kota Marudu.
A
A
A

KOTA MARUDU - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berdepan dengan cabaran yang sengit menerusi pertandingan enam penjuru bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.11 pagi Sabtu di Dewan Komuniti Kota Marudu.

Beliau akan berdepan dengan Datuk Wetrom Bahanda dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Mohd Azmi Zulkiflie (Pejuang), Sharizal Denci (Muda), Jilid @ Zainuddin Kuminding (Warisan) dan Norman Tulang (Bebas).

Parlimen Kota Marudu sebelum ini antara kerusi 'panas' dan menjadi rebutan pelbagai parti politik sehingga menyebabkan Wetrom yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada parti.

Wetrom kemudian menyertai KDM dan menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Marudu.

Sementara itu, Sharizal yang hadir ke pusat penamaan calon berkenaan dilihat lengkap berbusana Dusun Kimaragang juga berhasrat untuk merampas kerusi Parlimen Kota Marudu demi membawa perubahan kepada kawasan berkenaan.


Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!