PRU15: Hishammuddin ditentang orang kuat PN, PKR Sembrong

Dari kiri: Hishammuddin, Hasni dan Aziz selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Sembrong di Dewan MPK Paloh, Sembrong, Kluang, pada Sabtu.
Dari kiri: Hishammuddin, Hasni dan Aziz selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Sembrong di Dewan MPK Paloh, Sembrong, Kluang, pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sembrong bakal merebut semula kerusi Parlimen Sembrong yang dimenanginya pada PRU14 dan kali ini berdepan calon PN, Aziz Ismail dan calon PH, Hasni Abas.

Aziz merupakan Ketua Penerangan PN Sembrong manakala Hasni pula Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor.

Ketiga-tiga calon berkenaan sebelum itu hadir di Dewan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Paloh di sini, pada Sabtu bagi proses penamaan calon PRU15 Parlimen Sembrong.

Hishammuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang ditemani pencadang, R Vidyanathan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang dan penyokong, Teoh Yup Kun iaitu bekas ADUN Paloh.

Aziz pula ditemani pencadang, Shamsul A Rahim dan penyokong, Jailani Bies manakala Hasni ditemani pencadang, Abdul Aziz Rahim dan penyokong, Mazerol Way Ah Lon.

Keputusan semua pencalonan berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya bagi kerusi Parlimen Kluang, Jamaludin A Hamid.

Terdapat seramai 54,982 pengundi berdaftar di Parlimen Sembrong pada PRU-15.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU14, Hishammuddin menang dengan majoriti 6,662 undi menewaskan calon PKR, Onn Abu Bakar.



Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!