Sekitar Penamaan Calon PRU15
05 November 2022 03:28pm
Masa membaca: 4 minit
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melambaikan tangan ke arah para penyokong sejurus selepas menghantar borang pencalonan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga calon BN bagi Parlimen P075 Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) tiba pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh hari ini.
Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen P.075 Bagan Datuk Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (tengah) bersama para penyokongnya selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh hari ini.
Calon Pejuang bagi Parlimen P004 Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kiri) dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Armishah Siraj hadir di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi hari ini.
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen P063 Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Sri Kledang Institut Latihan Perindustrian Meru hari ini.
Calon Parlimen P.063 Tambun (dari kiri) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perikatan Nasional), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan), Abdul Rahim Tahir (Pejuang) dan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (Barisan Nasional) bergambar bersama selepas pengumuman calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 di Dewan Sri Kledang Institut Latihan Perindustrian Meru hari ini.
Calon Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Abdul Hadi Awang (dua, kiri) bersama pesaingnya Jasmira Othman (dua, kanan) dari Barisan Nasional (BN) selepas pengumuman rasmi calon-calon Parlimen P037 Marang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah dan Tanah Marang hari ini.
Calon Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Abdul Hadi Awang (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen P037 Marang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pejabat Daerah dan Tanah Marang hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P187 Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin (tengah) diiringi para penyokongnya menuju ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Sri Lamag sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P007 Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid tiba bersama para penyokongnya di Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap hari ini.
Calon Pakatan Harapan bagi Parlimen P100 Pandan Rakyat Rafizi Ramli ketika hadir ke Pusat Penamaan Calon di Dewan MPAJ Pandan Indah hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P032 Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (tengah) bersama para penyokong hadir di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah Dan Jajahan Gua Musang sempena penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P.151, Datuk Seri Hasni Mohammad (kiri) bersalaman bersama calon Pakatan Harapan (PH) Dr Maszlee Malik ketika tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.
Calon Bebas Abdul Rani Kulup Abdullah (empat, kiri) diiringi penyokongnya untuk menghantar borang pencalonan bertanding bagi Parlimen P132 Port Dickson di Dewan Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15, Auditorium Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson hari ini.
Calon Parti Warisan bagi Parlimen P.166 Labuan Datuk Rozman Isli (tiga, kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon bersama para penyokong sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan Sri Kedayan, Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Labu hari ini.
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memilih kerajaan baharu Malaysia bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara.
Turut diadakan serentak adalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya di Sabah yang tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.