JPS ramal banjir di lembangan Sungai Golok
JPS dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan Kampung Kubang Rambutan, Kampung Bagus, Kampung Degung, Kampung Telaga Emas dan kawasan sekitarnya jika hujan yang signifikan berlaku di lembangan tersebut.
"Tarikh dan waktu dijangka banjir ialah pada 6 November mulai jam 2 pagi," menurut kenyataan itu.
Menurut JPS banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan
bergantung kepada keadaan hujan semasa di lokaliti tersebut.
"Oleh yang demikian, semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir," katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!