153 mangsa banjir Taiping masih di tiga PPS

Mangsa banjir Sarudi Mohd Hassan, 70, ditempatkan di PPS Masjid Al-Wusta selepas rumahnya dinaiki air pada Sabtu.- Foto Bernama
Mangsa banjir Sarudi Mohd Hassan, 70, ditempatkan di PPS Masjid Al-Wusta selepas rumahnya dinaiki air pada Sabtu.- Foto Bernama
A
A
A
IPOH - Seramai 153 mangsa banjir daripada 50 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) setakat malam Sabtu.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, daripada jumlah itu, 90 mangsa berada di PPS Masjid Al-Wusta, 55 orang di Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur dan lapan lagi di Surau Kampung Perak.

"Paras air Sungai Ijok melebihi paras normal namun berada di bawah paras waspada,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam Sabtu.

Katanya, mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila banjir surut dan pemantauan mendapati keadaan adalah selamat.

Hujan lebat petang semalam menyebabkan beberapa kampung di sekitar Taiping terjejas dan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!