Polis kesan remaja hilang

Ng Siew Ting dilaporkan hilang pada Selasa.
Ng Siew Ting dilaporkan hilang pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan Ng Siew Tings,16 yang dilaporkan hilang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kehilangan remaja berkenaan dilaporkan pada jam 7.50 malam di Balai Polis Sri Damansara, di sini.

"Anggaran ketinggian lebih kurang 165 sentimeter (cm), berbadan kurus, berkulit kuning langsat dan berambut hitam pendek paras bahu.

"Pakaian terakhir dipakai sebelum hilang adalah baju-T lengan pendek berwarna putih, seluar pendek hitam, berselipar dan membawa beg galas biru/ungu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Fakhrudin berkata, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Inspektor, Amir Hakimi Zakaria di talian 0123783178 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 0379662222.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!