Hubungan institusi Diraja, PM perlu harmoni

Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob ditemubual oleh wartawan ketika keluar dari Dewan Rakyat. Foto: Zahid Izzani
Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob ditemubual oleh wartawan ketika keluar dari Dewan Rakyat. Foto: Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institusi diraja dan badan eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri sewajarnya memiliki hubungan yang harmoni demi kepentingan rakyat dan negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bersandarkan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan kuasa Sultan dan Perdana Menteri untuk mengharmonikan keadaan.

Menyentuh ketegangan dan hubungan dingin antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berharap penyelesaian yang bakal diambil berlangsung dalam suasana aman.

“Biarlah perdana menteri dan Sultan Johor selesaikan... bagi saya apa yang penting adalah keharmonian.

"Kalau semua berpegang kepada undang-undang tapi keharmonian tidak ada pun tidak ke mana. Undang-undang jelas memperuntukkan kuasa perdana menteri dan kuasa Sultan tetapi mesti ada usaha untuk mengharmonikan keadaan. Apa yang penting ialah rakyat dan negara.

“Tidak perlu terlalu jumud mempertahankan hak masing-masing berdasarkan undang-undang, apa yang penting kena ada harmoni antara Sultan Johor dan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

TMJ harap MB baharu bukan 'Yes Man' Putrajaya

Artikel Berkaitan:

Sultan Johor minta henti buat bising, bertelagah

Tiada 'perang terbuka' terhadap TMJ: Syed Saddiq

Ketegangan ini tercetus apabila Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian melepaskan jawatannya pada Isnin lalu tanpa memberikan sebab rasional keputusan tersebut sehingga mencetuskan polemik pelbagai pihak yang telah mempersoalkan tindakan itu dibuat atas kehendak sendiri atau tekanan pihak lain.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, semua pihak termasuk UMNO Johor mempunyai hak untuk memberi pandangan berhubung situasi yang berlaku di negeri selatan tanah air itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO, BN tiada hak cadang bubar DUN

Ketua Pembangkang cadang bubar DUN Johor

“Masing-masing boleh memberi pandangan, dia (Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad) nak jumpa Sultan mungkin nak beri pandangan, hak Sultan hendak dengar pandangan tapi keputusan masih bergantung padanya,” katanya.

Semalam, Hasni yang juga Ketua Pembangkang Johor akan mencadangkan kepada Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!