Heung-min sedia ke Qatar
BERITA baik buat skuad Korea Selatan apabila pemain sensasi, Son Heung-min boleh beraksi selepas pembedahan matanya berjalan lancar menjelang Piala Dunia Qatar bulan ini.
Bintang Tottenham Hotspur itu menjalani pembedahan di mata kiri susulan keretakan pada soket matanya ketika kemenangan The Citizens 2-1 ke atas Marseille.
Heung-min cedera selepas bertembung dengan bekas pemain Newcastle, Chancel Mbemba ketika bersaing untuk mendapatkan bola.
Pemain Korea Selatan itu terpaksa dikeluarkan dan pemeriksaan perubatan mendapati dia perlu menjalani pembedahan.
Media melaporkan Heung-min berada dalam keadaan stabil dan berpeluang bersama negaranya ke Piala Dunia.
Dia pasti mahu menyertai Korea Selatan memulakan kempen Piala Dunia menentang Uruguay pada 24 November sebelum mereka menentang Ghana dan Portugal.
Walaupun bersedia untuk beraksi di Qatar, Heung-min dijangka terlepas tiga perlawanan Spurs sebelum rehat Piala Dunia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!