Peter ditahan bantu siasatan polis

Peter yang juga ADUN Melalap dilepaskan dengan jaminan polis pada pagi Ahad.
Peter yang juga ADUN Melalap dilepaskan dengan jaminan polis pada pagi Ahad.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony ditahan polis bagi membantu siasatan di Balai Polis Karamunsing, di sini, pada jam 12 tengah malam Ahad.

Bagaimanapun, Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap dilepaskan dengan jaminan polis pada pagi Ahad.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, tangkapan itu susulan daripada insiden kekecohan semasa proses penamaan calon Parlimen Tenom di Tenom pada Sabtu.

"Satu laporan polis telah diterima pada tarikh yang sama dan pihak polis telah menjalankan siasatan. Kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 24A (2) Akta Pilihanraya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut polis seterusnya membawa kepada tangkapan Presiden Parti KDM, Datuk Peter Anthony bagi membantu siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya lagi, Peter kemudian dibebaskan selepas proses rakaman percakapan serta dokumentasi dilakukan.

"Siasatan dan dokumentasi polis berjalan dengan lancar dan beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pagi tadi," katanya.

Sebelum itu, proses penamaan calon bagi Parlimen Tenom di Dewan DSP Antanom, Tenom kecoh selepas pencalonan Peter ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pencalonan Peter di kerusi Parlimen Tenom ditolak kerana kes mahkamah beliau masih belum selesai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!