Banjir di Perak pulih sepenuhnya

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

TAIPING - [DIKEMAS KINI] Banjir di Perak membabitkan kawasan sekitar Taiping dan Batu Kurau yang mengakibatkan ratusan penduduk dipindahkan pada Jumaat lepas telah pulih.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan, semua tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup sepenuhnya.

"PPS di Masjid Changkat Ibol, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Sekolah Agama Rakyat Nurul Hikmah dan Surau Darul Ulum ditutup pada Sabtu, manakala PPS Masjid Al Wusta, SK Matang Gelugur dan Surau Kampung Perak telah diisytihar tutup pada jam 1 petang tadi (Ahad)," katanya.

Semua PPS berkenaan dibuka pada Jumaat dan Sabtu susulan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kampung dinaiki air dan hampir 300 penduduk terpaksa dipindahkan.

Kampung yang terjejas akibat banjir adalah Kampung Changkat Ibol, Kampung Sungai Petai, Kampung Acheh, Kampung Senduk, Kampung Serapoh, Parit dan Kampung Bendang Siam Batu 8.

Turut terjejas, Kampung Tengah Changkat Ibol, Kampung Matang Pasir, Kampung Matang Gelugor, Kampung Perak dan Kampung Jaha.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!