Perikatan Nasional mempertaruhkan pemimpin berkaliber

Muhyiddin tiba di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh bagi menghantar borang pencalonan sebagai calon di kerusi Parlimen Pagoh.
Muhyiddin tiba di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh bagi menghantar borang pencalonan sebagai calon di kerusi Parlimen Pagoh.
A
A
A

Proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berjalan lancar secara serentak di seluruh negara pada Sabtu.

Perikatan Nasional (PN) tidak terkecuali mempertaruhkan barisan pemimpin tertingginya yang berkaliber serta berintegriti untuk memberi cabaran sekali gus meraih kemenangan di kawasan parlimen masing-masing.

Ini termasuklah Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan mempertahankan kerusi disandangnya iaitu Parlimen Pagoh dan Timbalan Pengerusinya yang juga Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang.

Bersesuaian tema, ‘Menerajui Putrajaya Malaysia Sejahtera’ serta sokongan yang diterima pengundi, PN yakin gabungan parti mereka mampu melakar sejarah pada PRU15 ini sekali gus berjaya menerajui tampuk kerajaan yang baharu.

Manifesto PN dilancarkan hari ini: Muhyiddin

Di Pagoh: Penyandang kerusi Parlimen Pagoh yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terawal menyerahkan borang pencalonannya sebaik pusat penamaan dibuka.

Muhyiddin tiba pada 8.57 pagi dengan memakai baju Melayu teluk belanga biru tua bersama bekas Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Parlimen Pagoh yang disandang Muhyiddin menyaksikan pertembungan tiga penjuru dia mana beliau akan bersaing dengan dua lagi calon iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN) dan Iskandar Shah Abd Rahman, Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Muhyiddin menang pada PRU14 dengan majoriti 6,927 undi menewaskan calon PAS, Ahmad Nawfal Mahfodz dan dan calon BN, Ismail Mohamed.

Muhyiddin ketika ditemui berkata, manifesto gabungan itu akan dibentangkan hari ini di Kuala Lumpur. Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lokasi tepat tempat pengumuman manifesto tersebut.

"Esok (hari ini), PN akan melancarkan manifesto atau akur janji kita. Saya akan perincikannya esok mengambil kira semua perkara yang cukup penting untuk kita laksana dan tunaikan.

"Saya katakan, kita tidak mahu berjanji, kita akan usahakan dan laksanakan sepenuhnya apa yang dijanjikan dalam manifesto," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh pada Sabtu.

Tegas beliau, antara perkara yang akan diumumkan dalam manifesto itu adalah mengenai ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan, wanita dan pelbagai lagi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berharap beliau sekali lagi diberi sokongan besar untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau ahli Parlimen Pagoh.

Beliau juga berharap rakan-rakan dalam PN yang masuk ke pusat penamaan calon diseluruh negara juga akan diterima.

"Itu menunjukkan kita sudah bersedia untuk tawarkan suatu kerajaan yang baik, prihatin, bersih dan stabil sebagaimana jadi tagline PN.

"Apa yang penting sekarang ini jentera PN di seluruh negara akan bekerja keras menentukan setiap pengundi keluar beramai-ramai," katanya.

No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!