33 PPKPR Kelantan ditempatkan pantau aktiviti politik

Sebanyak 33 PPKPR Kontinjen Kelantan ditempatkan di seluruh negeri bagi memantau aktiviti politik sepanjang tempoh berkempen pada PRU15.
Sebanyak 33 PPKPR Kontinjen Kelantan ditempatkan di seluruh negeri bagi memantau aktiviti politik sepanjang tempoh berkempen pada PRU15.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 33 Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) Kontinjen Kelantan ditempatkan di seluruh negeri bagi memantau aktiviti politik sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Jurucakap Media PRU15, Superintanden Zulkifli Mat Deris berkata, setakat ini proses kempen pilihan raya berjalan dengan lancar.

"Sehingga jam 8 pagi tadi sebanyak enam aktiviti ceramah telah dicatatkan dan kesemua aktiviti tersebut mematuhi peraturan Akta Pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, tiada sebarang insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku sepanjang tempoh terbabit.

Tambahnya, semua calon parti yang bertanding mematuhi peraturan berkempen di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ujar Zulkifli, Polis Kelantan menasihatkan supaya semua parti yang bertanding, kumpulan penyokong dan orang ramai yang terlibat mengikuti segala peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan agar tempoh berkempen ini berjalan dalam suasana aman dan harmoni.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!