Calon Pejuang mahu bawa suara pesawah ke Parlimen

Calon Pejuang berhasrat untuk membawa suara pesawah ke peringkat Parlimen untuk terus membela nasib mereka. Gambar kecil: Abdul Rashid
Calon Pejuang berhasrat untuk membawa suara pesawah ke peringkat Parlimen untuk terus membela nasib mereka. Gambar kecil: Abdul Rashid
A
A
A

PENDANG - Calon parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Pendang, Abdul Rashid Yob berhasrat untuk membawa suara pesawah di kawasan itu ke peringkat Parlimen untuk terus membela nasib mereka.

Menurutnya, pesawah sudah muak dengan janji- janji pemimpin sebelum ini yang hanya memberi harapan palsu.

Katanya, isu monopoli dalam industri padi antara perkara yang akan diberi penekanan olehnya sekiranya diberi mandat oleh pengundi di kawasan berkenaan.

"Masalah monopoli ni sudah lama, kalau kita tengok dasar kerajaan sekarang ini banyak dikawal oleh kartel-kartel yang akhirnya menyebabkan golongan pesawah ditindas.

"Jika amalan ini dapat dihapuskan, Insya-Allah industri ini akan lebih terbuka dan pesawah akan dapat menjana lebih hasil serta keuntungan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Abdul Rashid berkata, selain itu isu pemotongan subsidi juga akan diberikan perhatian olehnya.

"Walaupun saya berikrar untuk membela nasib pesawah ia tidak bermaksud saya akan membelakangkan sektor pertanian lain.

"Di kawasan Pendang ini kita ada juga penoreh getah, sama juga mereka ini pun mengalami masalah monopoli selain harga getah yang tidak stabil," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, walaupun dia merupakan calon baharu bagi Parlimen terbabit namun dia berharap pengundi di kawasan Pendang dapat memberi peluang kepadanya untuk membela nasib mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!