KKM tidak peraku produk, makanan gantikan ubat
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan.
KKM menerusi Facebooknya pada Ahad memaklumkan, ia termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh sebuah portal baru-baru ini.
Menurut KKM, tindakan itu tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan telah diubah suai daripada laman sesawang portal http: //myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam.
"KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!