Kempen Pilihan Raya umum ke-15 bermula
Para petugas serta penyokong Parti Warisan sibuk memasang bendera bagi calon Warisan Parlimen P.166 Labuan Datuk Rozman Isli sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ketika tinjauan di sekitar Jalan Tenaga, pusat bandar Labuan, hari ini.
Rozman merupakan penyandang kerusi Parlimen dua penggal sejak tahun 2013 berdepan saingan enam penjuru.
Dua wanita menghabiskan masa bersama sekumpulan burung merpati berlatarkan bendera pelbagai parti yang mula dipasang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di Kampung Ladang hari ini.
Kempen pilihan raya akan bermula selama dua minggu sehingga tarikh mengundi pada 19 November ini manakala undi awal pada 15 November.
Tujuh kerusi Parlimen di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman melibatkan pertarungan empat penjuru antara PAS, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Pejuang.
Bagi kerusi Parlimen Dungun menjadi satu-satunya kerusi melibatkan pertarungan lima penjuru apabila calon bebas tunggal turut bertanding pada pilihan raya kali ini.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!