Selawat, takbir iringi calon PN Parlimen Tambun

A
A
A


 Ahmad Faizal (lima dari kanan) turut berselawat bersama-sama penyokong sebelum masuk ke Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Perindustrian Ipoh, pada Sabtu.
Ahmad Faizal (lima dari kanan) turut berselawat bersama-sama penyokong sebelum masuk ke Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Perindustrian Ipoh, pada Sabtu.



IPOH - Bacaan selawat dan laungan takbir mengiringi calon-calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan DUN Hulu Kinta sempena hari penamaan calon di sini pada Sabtu.

Calon kerusi Parlimen itu bagi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama calon PN DUN Manjoi, Hafez Sabri dan calon PN DUN Hulu Kinta, Puteri Holijah Muhamad Rali, diarak oleh penyokong yang hadir seawal jam 8.15 pagi sebelum memasuki Pusat Penamaan Calon di Institut Latihan Perindustrian Ipoh.

Ahmad Faizal yang juga penyandang kerusi Parlimen itu berkata, perjalanan hari penamaan calon lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, semua calon yang bertanding juga menunjukkan kematangan politik masing-masing ketika berada di pusat penamaan calon.

"Ini amat penting untuk kita dalam usaha menjalani proses demokrasi di negeri ini. Alhamdulillah saya bersyukur dengan proses yang dijalankan.

"Masing-masing ada peluang yang adil, saya harap ia (kempen) dapat dijalankan dengan penuh berhemah," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Ahmad Faizal turut yakin calon tempatan mempunyai kelebihan walaupun calon dari luar mempunyai nama besar yang dikenali.

Menurutnya, para pengundi di Tambun lebih menginginkan perkhidmatan daripada calon yang mereka kenali, mudah didekati serta senang untuk mengadu masalah.

Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru pada pilihan raya kali ini.

Ahmad Faizal akan menentang calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Abdul Rahim Tahir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!