Mohd Radzi seru warga Putrajaya beri sokongan

A
A
A

Mohd Radzi melambaikan tangan ketika tiba di pusat penamaan calon di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya pada Sabtu.
Mohd Radzi melambaikan tangan ketika tiba di pusat penamaan calon di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya pada Sabtu.

PUTRAJAYA - Meskipun berdepan dengan lima pencabar, calon Perikatan Nasional (PN) bagi Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin tekad untuk terus fokus terhadap kekuatan yang dimiliki jentera.

Katanya, jumlah bilangan calon adalah lumrah bagi mana-mana pilihan raya.

"Dalam perang ini paling penting fokus kekuatan kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini pada Sabtu.

Sekiranya diberi kepercayaan untuk menjadi Ahli Parlimen Putrajaya, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, masih banyak ruang dan peluang yang boleh ditambah baik di kawasan tersebut.

"Saya menawarkan diri untuk dipilih oleh pengundi Putrajaya kali ini. Saya mahu beri yang terbaik untuk warga Putrajaya dalam memastikan bandar ini melonjak jauh lebih tinggi," katanya.

Kehadirannya di pusat penamaan calon pada jam 8.05 pagi disambut hampir 1,000 penyokong.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, menerusi hantaran di laman Facebooknya, Menteri Kanan Pendidikan itu meluahkan rasa lega apabila proses pencalonan berjalan lancar.

"Proses pertama telah selesai, sekarang masa untuk kita bekerja. Dampingi dan kenalilah setiap warga Putrajaya. Jelaskan kepada saudara, rakan-rakan kita di sini mengapa mereka perlu memilih (PN)," tulisnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua pengundi agar diberi peluang untuk mengemudi Putrajaya untuk tempoh lima tahun.

"Laksanakanlah tanggungjawab saudara, rakan-rakan sebagai pengundi sebaiknya dan buatlah pilihan dengan jiwa yang tenang dan penuh sedar. Insya-ALLAH, kita mampu mengubahnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!