Banteras rasuah, kos sara hidup jadi pilihan manifesto

 Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Foto Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

SEUSAI penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu, kini bermulalah perang manifesto melibatkan parti dan calon-calon yang bertanding.

Sepanjang tempoh berkempen, sudah tentu mereka dan parti yang terlibat akan mencanangkan agenda parti, gabungan atau individu kepada rakyat.

Modal-modal inilah yang akan menentukan perjalanan politik mereka selepas PRU15, sama ada kekal YB (yang berhormat) atau bye YB.

Melihat kepada situasi terkini, isu kos sara hidup dijangka akan menjadi 'favourite' kepada semua parti atau gabungan yang terlibat.

Seperti yang dijelaskan oleh kebanyakan pakar politik dalam negara, isu berkenaan sentiasa menjadi kegusaran semua orang dan amat dekat di hati rakyat, justeru amat sesuai dijadikan modal dalam manifesto pilihan raya.

Selain itu, isu berkaitan rasuah dan integriti juga dijangka akan menjadi santapan pengundi menerusi janji calon untuk kekal bersih.

Sehingga laporan ini ditulis, Perikatan Nasional (PN) pada Ahad menawarkan janji untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta membersihkan politik dan tadbir urus sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Barisan Nasional (BN) pula dijangka melancarkan manifesto mereka malam ini dengan fokus masih tertumpu kepada kesejahteraan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Pakatan Harapan (PH) pula dengan lantang akan memastikan setiap pemimpin mengisytihar harta sekali gus melambangkan integriti calon mereka.

Apa juga tawaran dan janji, diharap jangan hanya sekadar untuk menarik pengundi, tetapi pastikan setiap tawaran itu realistik dan mampu direalisasikan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15.

Jangan pula nanti apabila dah jadi kerajaan, janji-janji dalam manifesto dilupakan. Ketika itu mulalah timbul 'manifesto bukan kitab suci'.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!