BN Perak lancar manifesto esok

Aminudin (berdiri, kanan) ketika berkempen bersama-sama Mazlan di Batu 8, Hulu Kinta di sini pada Isnin.
Aminudin (berdiri, kanan) ketika berkempen bersama-sama Mazlan di Batu 8, Hulu Kinta di sini pada Isnin.
A
A
A

IPOH - BN Perak akan melancarkan manifestonya tersendiri di Bandar Meru Raya di sini pada malam Selasa.

Setiausahanya, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, manifesto tersebut akan terarah kepada perancangan masa depan negeri yang lebih realisitik untuk dilaksanakan.

Menurutnya, tawaran yang akan dikemukakan BN Perak bersifat komprehensif, bukan sahaja memberi ruang lingkup keseluruhan tetapi turut menjurus pelbagai sektor dan menyentuh keperluan setiap daerah.

"Manifesto ini bukan dibuat oleh orang politik tetapi mengambil kira pandangan-pandangan masyarakat, kelompok-kelompok masyarakat, lihat keperluan sektor-sektor berbeza dan bagaimana mereka melihat masa depan dalam sektor masing-masing.

"Jadi sebagai parti politik yang mempunyai wawasan untuk mensejahterakan rakyat, kita mengambil kira pandangan-pandangan ini dan mengolah sebaik mungkin bagi memastikan ia boleh dilaksana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Batu 8, Hulu Kinta di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Saarani Mohamad dan dijangka sekitar 5,000 orang akan hadir

Sementara itu, Aminuddin yang juga calon BN Parlimen Tambun berkata, gerak kerja kempen sehingga hari ketiga di kerusi Parlimen itu berjalan lancar.

Menurutnya, kempen BN di Parlimen Tambun yang turut melibatkan dua calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Datuk Mazlan Abdul Rahman dan DUN Hulu Kinta, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz tidak ada masalah kerana kesemua mereka merupakan orang tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Kita kena menerima hakikat pengundi pun dah 180,000 orang, kawasan pun luas. Dari segi perjalanan kita dalam 15 hingga 20 peratus (liputan kempen) setakat ini.

"Kita dah sentiasa bergerak cuma liputan kempen itu disebabkan keluasan kawasan, pertumbuhan kawasan perumahan baharu. Jadi mungkin agak sukar untuk jumpa semua," katanya.

Jelas Aminuddin, BN Parlimen Tambun juga menggunakan platform media sosial untuk berkempen dan mendekati seberapa ramai pengundi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!