PN mampu tarik undi bukan Melayu: Abdul Hadi

Abdul Hadi (empat dari kanan) bersama Ahmad (tiga dari kiri) pada perjumpaan tokoh masyarakat di Kota Bharu pada Isnin.
Abdul Hadi (empat dari kanan) bersama Ahmad (tiga dari kiri) pada perjumpaan tokoh masyarakat di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) mampu menarik undi bukan Melayu untuk menyokong mereka sekali gus memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, sokongan itu mampu ditarik menerusi gerak kerja yang dilakukan oleh parti komponen seperti Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan.

"Macam parti saya iaitu Pas, kita ada Dewan Himpunan Pendukung yang dianggotai oleh bukan Melayu.

"Begitu juga dengan Bersatu ada cabangnya sendiri bagi yang bukan Islam," katanya semasa sidang akhbar pada perjumpaan tokoh masyarakat di sini pada Isnin.

Hadir sama ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Menurut beliau, pada masa yang sama PN turut mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang ikut serta sepanjang kempen PRU15.

Ujarnya, contoh boleh dilihat pada tiga negeri yang telah diperintah oleh Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"Kita buktikan dengan memberi keadilan, kestabilan dan keamanan kepada semua.

Artikel Berkaitan:

"Bukan sahaja sekarang, dahulu kita pernah mencipta sejarah pada 13 Mei 1969 apabila Kelantan, Terengganu, Kedah negeri yang kuat Pas tidak berlaku huru-hara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!