Dulu pegawai khas ADUN kini calon DUN Semambu

Chun Kuan (berdiri, kanan) bersama jenteranya giat menemui pengundi bermula hari pertama kempen PRU15.
Chun Kuan (berdiri, kanan) bersama jenteranya giat menemui pengundi bermula hari pertama kempen PRU15.
A
A
A

KUANTAN - Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, Chan Chun Kuan menganggap satu pengiktirafan buatnya selepas dipilih untuk mempertahankan kerusi itu selepas berbakti untuk penduduk di kawasan berkenan sejak tujuh tahun lalu.

Anak Muda kelahiran Tanah Putih itu mula berkhidmat untuk penduduk kawasan itu sebagai Pegawai Khas kepada penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung.

"Sepanjang tempoh itu, banyak yang saya pelajari tentang kawasan Semambu termasuk masalah yang dihadapi penduduk.

"Boleh dikatakan penduduk di sini sudah mengenali saya cuma sebagai pegawai khas dan pegawai Pusat Khidmat Dun Semambu.

"Saya sendiri juga sudah arif masalah yang berlaku di setiap kawasan malah turut membantu menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi penduduk di sini," katanya.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Keadilan (AMK) Pahang mengakui peluang yang diberikan parti pada PRU15 ini membantu melonjakkan karier politiknya di negeri ini.

Chun Kuan (berdiri, dua dari kanan) bersama calon PH Parlimen Indera Mahkota, Zuraidi Ismail (kanan) beramah mesra bersama pelanggan sebuah restoran pada sesi 'walkabout' di sini pada Isnin.
Chun Kuan (berdiri, dua dari kanan) bersama calon PH Parlimen Indera Mahkota, Zuraidi Ismail (kanan) beramah mesra bersama pelanggan sebuah restoran pada sesi 'walkabout' di sini pada Isnin.

"Sebab itu, bermula hari pertama kempen, saya bersama jentera terus menggerakkan aktiviti untuk bertemu seramai mungkin pengundi di sini.

Artikel Berkaitan:

Walaupun dikenali, saya tidak boleh terlalu selesa dan masih perlu bekerja keras bagi memenangi hati pengundi.

"Saya akui, pengaruh Chean Chung di hati pengundi turut membantu tetapi yang akan bertanding kali ini adalah saya jadi masih banyak usaha perlu dilakukan supaya dikenali lebih ramai pengundi pelbagai kaum," ujarnya.

Memasuki hari ketiga berkempen, Chun Kuan mengakui amat bersemangat walaupun penat dengan jadual padat bermula seawal jam 7 pagi hingga lewat malam setiap hari.

"Syukur saya banyak belajar dengan Chean Chung tentang selok belok pilihan raya dan proses kempen jadi pengalaman yang ada amat membantu untuk menghadapi tempoh getir yang berbaki 11 hari lagi sebelum hari pengundian 19 November depan," katanya lagi.

Sebagai anak tempatan dan penduduk di kawasan itu, beliau akan meneruskan perjuangan bosnya dahulu untuk menyelesaikan permasalahan penduduk terutama yang berkaitan infrastruktur.

Pada PRU14, Dun Semambu dimenangi Chean Chun apabila memperoleh 14,991 undi dengan majoriti 5,511 undi menewaskan calon Pas, Mohd Yusuf Hashim (9,480 undi) dan calon BN, Kuek Tai Siong (7,323 undi).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!